SCHOOL OF THE ARTS   |  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • Adakah pihak pengurusan anda komited untuk menggalakkan staf mengamalkan “5R” dan pengasingan sisa?

    Pusat Pengajian Seni USM komited menggalakkan staf mengamalkan “5R” iaitu enggan, fikir semula, kurangkan, guna semula, dan kitar semula serta melakukan pengasingan sisa di pejabat.

  • Adakah anda menyediakan tong kitar semula di pejabat dan lokasi utama bagi menggalakkan kitar semula?

    Pejabat Pusat Pengajian Seni USM sentiasa menyediakan tong kitar semula di pejabat dan lokasi utama, termasuk di tepi tandas VVIP, bagi menggalakkan amalan kitar semula.

  • Adakah anda mengamalkan pengasingan antara sisa barangan biasa dan sisa makanan/dapur?

    Pejabat Pusat Pengajian Seni USM mengamalkan pengasingan sisa barangan biasa dan sisa makanan di pantri yang digunakan oleh staf

  • Adakah anda mempunyai bekas bagi mengumpul kertas draf untuk digunakan semula?

    Pusat Pengajian Seni USM menyediakan kotak khas untuk menyimpan kertas yang boleh digunakan semula

  • Adakah anda mengitar semula atau melupus e-sisa dengan betul?

    -

  • Adakah anda mengelak daripada mencetak e-mel melainkan benar-benar perlu?

    Staf Pusat Pengajian Seni USM mengelak daripada mencetak e-mel kecuali jika perlu dengan mengkategorikan e-mel menggunakan warna sebagai peringatan.

  • Adakah anda menggunakan semula barangan kitar semula di pejabat?

    Pusat Pengajian Seni USM menggunakan semula barangan kitar semula di pejabat dengan menjadikan plastik sekali guna sebagai bekas bahan tulis.

  • Adakah anda menggalakkan penggunaan bekas dan kutleri yang boleh diguna semula untuk makanan dan minuman bagi mempromosikan “sifar penggunaan plastik sekali-guna” di pejabat anda?

    Pusat Pengajian Seni USM menggalakkan staf menggunakan cawan sendiri serta bekas dan kutleri guna semula untuk makanan dan minuman bagi mempromosikan “sifar penggunaan plastik sekali-guna” di pejabat.

  • Adakah anda mengelak daripada memesan/menyajikan minuman air mineral dalam botol plastik bagi sebarang mesyuarat/majlis/bengkel/kursus?

    Pusat Pengajian Seni USM menggalakkan penggunaan jug air yang boleh diguna semula dalam jamuan dan sajian serta mengelakkan penyajian air mineral dalam botol plastik bagi mesyuarat, majlis, bengkel, dan kursus.

  • Adakah anda mempunyai penyelaras program kitar semula yang terlibat dengan pemungut sisa kitar semula berlesen di pejabat anda?

    Pusat Pengajian Seni USM melantik seseorang yang bertanggungjawab untuk berhubung dengan pemungut sisa kitar semula berlesen di pejabat.

  • Adakah anda menyimpan rekod kutipan dan penjualan sisa kitar semula?

    Pusat Pengajian Seni USM menimbang dan merekodkan sisa kitar semula secara rutin serta menyimpan rekod kutipan dan penjualan sisa kitar semula.

School of The Arts
Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang Malaysia

t: 604 – 653 3888 ext: 3621 / 3415 | f: 604 – 657 6296
e: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Dean)
e: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Noor Rismafarra Binti Haris (Assistant Registrar)