SCHOOL OF THE ARTS   |  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • Adakah bekalan pejabat dibeli dalam kuantiti pukal?

    Pusat Pengajian Seni USM membeli bekalan pejabat dalam kuantiti pukal melalui Pegawai Kewangan bagi mengelakkan penghantaran berulang kali.

  • Adakah anda mengurangkan penggunaan mesin pencetak bagi mengurangkan penggunaan kertas dan kartrij?

    Pusat Pengajian Seni USM mengurangkan penggunaan mesin pencetak dengan menggantikan kepada e-mel, Google Form, dan Live Worksheets untuk mengurangkan penggunaan kertas dan kartrij.

  • Adakah anda mengutamakan pengendalian urusan harian secara atas talian?

    Pusat Pengajian Seni USM mengutamakan pengendalian urusan harian secara atas talian dengan menggalakkan e-mesyuarat melalui platform seperti Cisco Webex, Google Meet, dan Zoom.

  • Adakah anda menaik taraf, membaik pulih atau memanjangkan hayat penggunaan peralatan sedia ada daripada pembelian baharu? 

    Pusat Pengajian Seni USM menaik taraf dan membaik pulih peralatan sedia ada serta memanjangkan hayatnya, seperti penghawa dingin, melalui perkhidmatan dan penyelenggaraan berkala berbanding pembelian baharu.

  • Adakah anda mempunyai proses penilaian untuk membeli produk di pejabat anda?

     

  • Adakah anda membeli alat tulis dan produk mesra alam untuk kegunaan pejabat?

    Pusat Pengajian Seni USM mengutamakan pembelian alat tulis dan produk mesra alam seperti kertas, toner, kad nama, brosur, pen, dan laporan tahunan untuk kegunaan pejabat.

  • Adakah peralatan atau perabot di pejabat mempunyai dasar beli semula atau didermakan apabila tidak lagi digunakan?

    Pusat Pengajian Seni mengamalkan dasar beli semula atau menderma peralatan dan perabot pejabat yang tidak lagi digunakan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti atau organisasi yang memerlukan, sambil menyokong amalan kelestarian dan penggunaan sumber secara bertanggungjawab.

  • Adakah anda membeli produk yang dibuat atau dipasang secara tempatan bagi mengurangkan kesan karbon?

     

  • Adakah anda membeli/menyewa mesin pelbagai fungsi?

    Pusat Pengajian Seni USM membeli mesin cetakan pelbagai fungsi yang mampu mencetak, faks, imbas, dan fotostat dalam satu mesin.

  • Adakah anda membeli kartrij pencetak kitar semula?

    Pusat Pengajian Seni sentiasa menyokong produk kitar semula dengan membeli kartrij pencetak yang dikitar semula setiap kali kehabisan dakwat. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membantu mengurangkan kesan alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran dan memanfaatkan semula bahan yang boleh dikitar semula.

  • Adakah anda membeli kertas yang mempunyai perakuan lestari?

    Pusat Pengajian Seni USM membeli kertas jenama Double A yang mempunyai perakuan lestari, menggunakan pokok yang ditanam secara mampan dan mengelakkan pembalakan hutan semula jadi bagi memerangi perubahan iklim.

  • Adakah peralatan pejabat anda dibeli daripada pembekal yang membekal barangan yang boleh dikitar semula atau syarikat yang menyokong program kitar semula?

     

  • Bagi pejabat yang tidak mempunyai kuasa ke atas dasar dan prosedur pembelian, adakah anda telah memaklumkan kepada staf di PTJ untuk memulakan pembelian hijau?

     

School of The Arts
Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang Malaysia

t: 604 – 653 3888 ext: 3621 / 3415 | f: 604 – 657 6296
e: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Dean)
e: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Noor Rismafarra Binti Haris (Assistant Registrar)