SCHOOL OF THE ARTS | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Pusat Pengajian Seni USM komited menggalakkan staf mengamalkan “5R” iaitu enggan, fikir semula, kurangkan, guna semula, dan kitar semula serta melakukan pengasingan sisa di pejabat.
Pejabat Pusat Pengajian Seni USM sentiasa menyediakan tong kitar semula di pejabat dan lokasi utama, termasuk di tepi tandas VVIP, bagi menggalakkan amalan kitar semula.
Pejabat Pusat Pengajian Seni USM mengamalkan pengasingan sisa barangan biasa dan sisa makanan di pantri yang digunakan oleh staf
Pusat Pengajian Seni USM menyediakan kotak khas untuk menyimpan kertas yang boleh digunakan semula
-
Staf Pusat Pengajian Seni USM mengelak daripada mencetak e-mel kecuali jika perlu dengan mengkategorikan e-mel menggunakan warna sebagai peringatan.
Pusat Pengajian Seni USM menggunakan semula barangan kitar semula di pejabat dengan menjadikan plastik sekali guna sebagai bekas bahan tulis.
Pusat Pengajian Seni USM menggalakkan staf menggunakan cawan sendiri serta bekas dan kutleri guna semula untuk makanan dan minuman bagi mempromosikan “sifar penggunaan plastik sekali-guna” di pejabat.
Pusat Pengajian Seni USM menggalakkan penggunaan jug air yang boleh diguna semula dalam jamuan dan sajian serta mengelakkan penyajian air mineral dalam botol plastik bagi mesyuarat, majlis, bengkel, dan kursus.
Pusat Pengajian Seni USM melantik seseorang yang bertanggungjawab untuk berhubung dengan pemungut sisa kitar semula berlesen di pejabat.
Pusat Pengajian Seni USM menimbang dan merekodkan sisa kitar semula secara rutin serta menyimpan rekod kutipan dan penjualan sisa kitar semula.
School of The Arts
Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang Malaysia
t: 604 – 653 3888 ext: 3621 / 3415 | f: 604 – 657 6296
e:
e: