“LAIN TEMPAT, LAIN MASA. KITA HANYA MUSAFIR…”
Leman atau nama sebenarnya Lee Han, bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Statusnya sebagai mualaf mengundang cinta, persahabatan dan silaturrahim sesama manusia. Namun, tidak kurang juga yang membenci,memandang hina dan meremehkan harga dirinya.
Terusir dari satu kampung ke kampung yang lain dan menjadi pelarian gara-gara rasa benci Lebai Karim juga cinta Halimah, akhirnya mempertemukan Leman dengan cinta hatinya, Maimun. Saat Leman merasa kehilangan, rahsia yang cuba disembunyikan selama ini,kembali terungkap dengan kehadiran Yusof dan Ramlah.
Lalu Leman kembali bermusafir, menempuh cabaran baharu yang menguji keimanan dan cinta. Apakah yang bakal Leman hadapi di tempat dan masa yang lain?
Saksikan TEATER MUSAFIR anjuran Pusat Pengajian Seni, USM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Utara) sempena Pesta Teater USM pada :
TARIKH: 28 – 30 Oktober 2022
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Panggung Pelinggam Cahaya. Pusat Pengajian Seni, USM
HARGA TIKET
RM 20 – Pelajar (dengan Kad Pelajar)
RM 30 – Dewasa
Untuk tempahan dan membeli tiket, sila klik pautan di bawah👇🏻
http://bit.ly/3qbXrNS