SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG – TEATER DALAM TALIAN

SINOPSIS

Tukya seorang tua tinggal di kaki gunung Bongsu bersama isterinya Besah. Kekagumannya kepada alam membuatkan Tukya ingin mewariskan ilmu tentang rimba kepada cucunya Lamin.

Namun anak menantu dan cucunya yang kedua kerap mencemuh rumah buruknya yang uzur dan bergoyang.

Berasa tercabar dan dihina oleh darah dagingnya sendiri, Tukya berusaha menebang sebatang pokok cengal di dalam hutan untuk dijadikan kayu dan papan membuat rumah baru yang kukuh.

Berjayakah Tukya membuktikan dirinya yang selalu dipanggil orang tua, menebang pokok cengal besar dan mendirikan rumah seorang diri?

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG – TEATER DALAM TALIAN

ADAPTASI NOVEL KARYA AZIZI HAJI ABDULLAH

Arahan Halimi MN

22, 23, 24 Oktober 2020 (Khamis, Jumaat, Sabtu)

8.45 malam

(aplikasi akan dimaklumkan)

RM 20

Beli Tiket Dalam Talian : https://event.usm.my/stdkg

atau ‘Scan QRcode’ di poster

Pertanyaan : +6012 682 4449

KAEDAH BELI SECARA ONLINE

1. Klik link https://event.usm.my/stdkg

2. Klik Register

3. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang online dan

4. Pilih jumlah tiket dan hari persembahan. Kosongkan hari yang tak dibeli.

5. Klik SUBMIT

6. Anda akan dibawa ke ruang Invoice yang ada QR Code. Semak tarikh dan jumlah tiket kemudian, Klik PAY NOW

7. Anda akan dibawa ke payment gateway sama ada secara kad kredit/debit atau FPX (online banking/payment)

8. Buat bayaran ikut arahan macam biasa.

9. Dah siiiiiaaaapppp!

10. Boleh cetak resit jika mahu (sama-sama kita jaga alam sekitar macam Tukya)

Kepada penonton yang telah membeli tiket, anda ada pilihan untuk :

1. Mengekalkan tiket yang dibeli dan akan diberi ‘link’ untuk persembahan dalam talian (sila pilih hari persembahan)

2. Memohon pemulangan wang, sila hubungi +6012 682 4449

Sebuah produksi Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara & Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

#seorangtuadikakigunung #seniusm #artsusm #artswithavoice #teatermalaysia #dewanbahasadanpustakawilayahutara #kerajaannegeripulaupinang #jabatankebudayaandankeseniannegara