Program Jalinan Mesra

Program Jalinan Mesra telah dilaksanakan di empat lokasi iaitu Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Daerah Barat Daya (DBD) yang terdiri daripada empat kawasan komuniti iaitu Mengkuang Titi, Kota Aur, Pulau Aman dan Taman Negara. Program ini telah dijalankan dari bulan November sehingga Disember tahun 2018.

Program ini adalah usaha kerjasama dengan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra, dibawah Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang. Hubungan dua hala antara universiti dan masyarakat dikembangkan melalui aktiviti yang disertai oleh para pensyarah dan mahasiswa Pusat Pengajian Seni serta anggota komuniti tempatan. Aktiviti ini telah secara tidak langsung memberi ruang hubungan dan mendekatkan hati budi dua entiti ini.

Melalui aktiviti-aktiviti jalinan mesra, ia telah berjaya memberi peluang kepada pihak universiti menyelami apa yang tersedia dikalangan komuniti. Peranan dan slogan Universiti Sains Malaysia sebagai “Solution Provider” amat bertepatan dalam projek komuniti sebegini. Ia juga membuka peluang kepada para mahasiswa untuk menaikkan kemahiran insaniah mereka dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan dan berkongsi pengetahuan dengan golongan sasaran. Selain daripada itu, projek ini telah mewujudkan peluang untuk mahasiswa membuka nilai kebolehan, bakat pengurusan dan kepimpinan bagi persediaan mereka untuk masa hadapan.